PETALING JAYA: Ketua Penerangan Muda, Luqman Long mengesahkan perletakan jawatannya sebagai pegawai fungsi khas (strategi) kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Luqman menerusi catatannya di Twitter memaklumkan, beliau sudah memaklumkan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Muda sejak minggu pertama bulan April lagi.
Notis pemberhentiannya adalah sebulan dan pejabtanya sudah mengetahui mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, sebab peletakan jawatan tidak dinyatakan oleh Luqman.
Melalui semakan di direktori laman sesawang Kementerian Belia dan Sukan, nama dan maklumat Luqman sudah tidak ditemui.
Luqman dilantik bagi jawatan tersebut pada Disember tahun lalu susulan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Kontroversi timbul malam tadi apabila tweet yang dimuat naik Luqman seperti menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Perikatan Nasional (PN).
Ini berbeza daripada adat biasa di mana sambutan akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana. – UTUSAN