Hujan lebat landa Selangor, ibu negara - Utusan Malaysia

Hujan lebat landa Selangor, ibu negara

Jalan Sungai Chua di Kajang yang dinaiki air sehingga menyebabkan sebuah kereta terbabas di atas pembahagi jalan. - Gambah Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat berserta angin kuat melanda  beberapa kawasan di Lembah Klang petang tadi  menyebabkan beberapa tempat dinaiki air serta pokok tumbang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, antara lokasi berlaku  banjir kilat ialah di Jalan Jed Hill menghala Sungai Chua, Kajang.

Menurut beliau, dalam kejadian tersebut, sebuah kereta Myvi terkandas di pembahagi jalan ketika cuba meredah banjir kilat.

“Sepasukan anggota  dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan.

Terdahulu, Morni berkata, pihak bomba menerima laporan kejadian pokok tumbang di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera pada pukul 5.30 petang menyebabkan laluan utama di situ, terhalang.

Sementara itu, menurut beliau, bomba turut menyelamatkan sekumpulan 12 pengunjung termasuk tiga kanak-kanak di Air Terjun Sungai Sendat di Jalan Kampung Gurney di ibu negara kerana terkandas di seberang sungai akibat kejadian kepala air.

Kata beliau, sebelum itu bomba menerima laporan kejadian pada pukul 3.39 petang sebelum sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Mangsa yang terperangkap terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita dewasa serta tiga kanak-kanak termasuk dua kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mangsa terperangkap di seberang sungai selepas berlaku kejadian kepala air semasa mereka mandi manda di kawasan air terjun berkenaan,” kata beliau.

Selain itu, ibu negara turut dilanda hujan lebat namun tidak ada kejadian diingini dilaporkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya