Empat mat rempit ditahan pukul polis - Utusan Malaysia

Empat mat rempit ditahan pukul polis

Tok Beng Yeow
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Empat mat rempit ditahan kerana disyaki memukul seorang anggota polis yang bertugas dalam Op Selamat ke-20 di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota polis berkenaan diserang dan dipukul empat lelaki berkenaan pada pukul 3.04 petang hari raya kedua semasa sedang bertugas.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis telah menjalankan serbuan di dua lokasi berasingan dan berjaya menahan keempat-empat suspek yang berusia antara 23 hingga 39 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal yang dibuat, kesemua mereka mengaku telah terlibat dalam kejadian merusuh dan juga aktiviti perlumbaan haram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semakan mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 dan 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000  jika sabit kesalahan.

Kesemua suspek kini direman selama empat hari hingga Jumaat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN