Buli jalanan: Pemandu kenderaan, pemilik akaun Facebook diminta tampil buat laporan - Utusan Malaysia

Buli jalanan: Pemandu kenderaan, pemilik akaun Facebook diminta tampil buat laporan

TANGKAP layar rakaman video tular kejadian buli jalanan melibatkan dua buah kereta yang berlaku di Kilometer 20.9 Lebuhraya Seremban-Port Dickson dari Telok Kemang menghala ke Seremban pada 28 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pihak polis meminta pemilik akaun Facebook, pemandu dan penumpang dua buah kenderaan serta saksi dalam kejadian buli jalanan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson semalam dengan video kejadian tersebut turut tular di media sosial, supaya tampil membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, hari ini telah video menerusi aplikasi Facebook oleh pemilik akaun azamazi yang menunjukkan sebuah kereta menghalang pergerakan sebuah kenderaan lain.

Jelas beliau, siasatan awal berdasarkan video berkenaan kejadian berlaku pada antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi dan dipercayai berlaku di Kilometer 20.9 Lebuhraya Seremban-Port Dickson dari Telok Kemang menghala ke Seremban.

“Pihak Polis memohon kepada pemilik akaun Facebook, pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan yang terlibat dengan kejadian dan saksi yang melihat kejadian supaya hadir ke Balai Polis Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan dari semua sudut dan bagi mengenal pasti motif berlaku kejadian. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06- 6472222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Mustafah dalam pada itu meminta orang awam supaya tidak mengeluarkan spekulasi sendiri terhadap kejadian berkenaan selan mengingatkan supaya pemandu kenderaan supaya mementingkan sikap bersabar, berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya