Agong, Raja Permaisuri Agong terus tradisi berbuka puasa bersama rakyat di padang MBK1 - Utusan Malaysia

Agong, Raja Permaisuri Agong terus tradisi berbuka puasa bersama rakyat di padang MBK1

AL-SULTAN ABDULLAH Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama keluarga berkenan mencemar duli meneruskan tradisi berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meneruskan tradisi berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK1) bersama rakyat yang merupakan antara tradisi Seri Paduka Baginda pada bulan Ramadan ini.

Al-Sultan Abdullah diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di padang berkenaan pukul 6 petang.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sejurus tiba di padang MBK1, Al-Sultan Abdullah berkenan melawat dan membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Mahkota Square sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung.

Sementara itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah turut berkenan mengagihkan kira-kira 2,000 bekas bubur lambuk hasil air tangan baginda kepada pengunjung yang hadir.

Seramai 100 anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan dan Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor juga menerima kurniaan sumbangan daripada Seri Paduka Baginda berdua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya