PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Dewan Santapan Utama, Istana Negara pada pukul 10.10 pagi.
Baginda berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Kenamaan lain Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Turut memeriahkan majlis perwakilan asing penjawat awam dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum. – UTUSAN