Agihan kerusi  PRN di Kelantan ikut status qou-Pas

Agihan kerusi  PRN di Kelantan ikut status qou-Pas

MOHD. Amar Nik Abdullah.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Agihan kerusi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dibuat mengikut status qou sebagaimana Pilihan Umum Ke-15 (PRUN-15) lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, parti itu akan mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU-14 lalu manakala lapan daripada jumlah 45 kawasan DUN dikuasai Barisan Nasional (BN) akan diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan sebagaimana asas perbincangan yang dilakukan kedua-dua parti sebelum ini.

“Bagaimanapun perbincangan selepas ini (agihan kerusi) kita tidak tahu macam lagi…kena tunggulah (kalau ada perubahan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Besar itu memberitahu, Pas sudah mempunyai senarai nama yang akan diangkat sebagai calon pada PRN nanti.

Katanya, senarai nama itu akan ditapis dan keputusan akhir diputuskan oleh Menteri Besar.

“Persiapan kita (Pas) untuk PRN sudah berada pada tahap maksimum. Berkait dengan pembuburan DUN Kelantan, kita akan buat pada dua minggu lebih awal daripada tarikh akhir iaitu 28 Jun.

“Secara asasnya, semua enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang bersetuju untuk bubuar DUN pada Jun ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN