UMNO hanya fokus kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan, bukan MN - Utusan Malaysia

UMNO hanya fokus kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan, bukan MN

Datuk Dr. Asyraf Wajdi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO terus fokus bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan bagi mewujudkan kerajaan stabil selain parti itu tidak lagi memikirkan soal Muafakat Nasional (MN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, ini selepas Pas parti mengambil pendirian tetap sebelum ini yang dilihat ‘mengkhianati’ UMNO dengan parti itu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut beliau, susulan itu UMNO kini mahu toleh ke belakang sebaliknya hanya fokus kepada kerjasama yang ada pada waktu ini.

“Kita hari ini harus fokus seperti apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk perpaduan nasional. Bukan hanya soal Melayu Islam, tetapi juga soal negara.

“Kenapa mereka begitu angkuh menolak titah diraja di peringkat awal? Dalam keadaan sebaliknya kita perlu fokus kepada kestabilan negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Asyaf berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan MN masih bernyawa dan belum lagi terkubur.

Tuan Ibrahim berkata: “MN belum mati lagi, cuma ‘pengsan’.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau melihat MN sebagai asas terhadap penyatuan ummah.
“Agenda kita tidak pernah berhenti dan jangan lihat apabila parti itu tidak bergabung maka umat ini berpecah, tidak,” kata Timbalan Presiden Pas itu.

Mengulas lanjut, Asyraf dalam masa sama turut mempersoal mengapa penyertaan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Perikatan Nasional (PN) ditolak jika masing-masing khususnya Pas memikirkan tentang penyatuan Melayu dan Islam.

“Kalau betul mereka memikirkan soal penyatuan ummah, kenapa Pejuang tidak diterima PN pula atas alasan mengganggu pembahagian kerusi? Maknanya mereka hanya memikirkan soal kerusi dan menang pilihan raya sedangkan yang sepatutnya diletakkan keutamaan adalah soal penyatuan ummah.

“Jelas sekali mereka yang cakap sendiri mengenai faktor kenapa gagalnya Muafakat Nasional, ia hanyalah soal perebutan kuasa. Itu jawapannya,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN