Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan bakal timang cahaya mata sulung

Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan bakal timang cahaya mata sulung

TENGKU Muhammad Faiz (kanan) dan Sofie Louise mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata sulung di Instagram sebentar tadi.-UTUSAN/ INSTAGRAM SOFIE LOUISE JOHANSSON PETRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra bakal menimang cahaya mata sulung pada Julai ini.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Che Puan Mahkota Kelantan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya iaitu ljo_ kira-kira sejam lalu.

Hantaran tersebut telah menerima lebih 6,000 tanda suka dan komen lebih 600 komen daripada pengikutnya.

Baginda bertitah, Tengku Muhammad Faiz dan dirinya gembira untuk mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung.

Pasangan diraja itu telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.