Sukarelawan UTM bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Sukarelawan UTM bantu mangsa banjir

PIHAK UTM menerima penghargaan daripada Pengurus Felda Maokil 1, Ibrahim Daud (tengah) atas inisiatif membantu mangsa banjir di kawasan Felda berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Prihatin dengan nasib mangsa banjir di negeri ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggerakkan sukarelawan ke kawasan terjejas banjir bagi menjalankan misi kesukarelawan.

UTM dalam satu kenyataan memaklumkan, sukarelawan itu dibahagi kepada dua pasukan bagi membantu mangsa banjir di Segamat dan Kota Tinggi.

Misi itu melibatkan 145 orang yang terdiri daripada sukarelawan UTM, Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Temenggung Ibrahim Johor; Sukarelawan Siswa N.34 Panti, Majlis Belia Felda Maokil 1, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Maokil dan masyarakat setempat.

“Seramai 40 staf UTM telah menuju ke Pertubuhan Kebajikan dan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) Chaah dan Sekolah Agama Felda Maokil 1, manakala pasukan kedua bergerak ke Masjid Luqmanul Hakim, Dewan Taman Kemang, dan Tabika Kemas di Kampung Kelantan, Kota Tinggi. 

“Mereka ini bertindak melakukan aktiviti pembersihan, penyusunan semula ruang-ruang terlibat, menyelaraskan keperluan perubatan dan kesihatan staf selain meluangkan masa membersihkan kawasan yang berlumpur,” demikian menurut kenyataan itu.

Misi itu diselaraskan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan kerjasama Sukarelawan UTM Prihatin; Pusat Islam, Unit Endowmen serta Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (Maskum) 

Mereka amat berharap jaringan kerjasama antara UTM dan komuniti dapat diteruskan dalam bidang-bidang yang lain pada masa akan datang, bukan hanya sekadar bantuan kesukarelaan sahaja. 

Misi tersebut juga adalah contoh terbaik bagaimana universiti dan komuniti tempatan dapat bekerjasama untuk membantu golongan yang memerlukan. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya