Shahrizat dahului saingan Ketua Wanita

Shahrizat dahului saingan Ketua Wanita

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun saingan sengit, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mendahului perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO berbanding pencabarnya, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Berdasarkan keputusan setakat 9.12 malam, Shahrizat setakat kini memperoleh 19 undi manakala Noraini pula 16 undi daripada proses pengundian yang dijalankan membabitkan 191 bahagian Wanita UMNO di seluruh negara.

Pertandingan kerusi Ketua Wanita dalam Pemilihan UMNO 2023 hangat apabila menyaksikan dua tokoh wanita antara Shahrizat dan Noraini yang masing-masing pernah menyandang jawatan itu sebelum ini.

Noraini akan dicabar Shahrizat yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.

Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya