Sasar tingkat kerjasama dengan Arab Saudi - Utusan Malaysia

Sasar tingkat kerjasama dengan Arab Saudi

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di Mekah baru-baru ini. – Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia me­nyasarkan peningkatan jalinan kerjasama dua hala dengan Arab Saudi melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bermula semalam hingga Jumaat ini.

Ini setelah Arab Saudi muncul rakan dagang Malaysia terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat apabila jumlah dagangan dua hala dengan Arab Saudi mencecah RM45.52 bilion tahun lalu, berbanding RM17.56 bilion pada 2021.

Justeru, beberapa memoran­dum persefahaman dijangka ditandatangani melibatkan ker­­jasama antara agensi kerajaan dan pihak swasta kedua-dua negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri juga dija­dual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Per­tubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), Sheikh Dr. Mohammad Abdulkarim Al-Issa.

Anwar juga akan mengadakan lawatan ke Bank Pembangunan Islam dan menyampaikan ucaptama semasa lawatan tersebut.

“Ini memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan jalinan kerjasama dua hala, bertunjangkan kepentingan bersama dalam pelbagai bidang,” kata Wisma Putra dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, lawatan rasmi tersebut merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Pastinya banyak peluang dan ruang baru dan lama boleh diterokai dalam membantu meningkatkan eko­nomi terutamanya untuk Malaysia,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN