Raja Muda Perlis terima mengadap Ketua Pengarah JPJ - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis terima mengadap Ketua Pengarah JPJ

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Datuk Zailani Hashim di Galeri Diraja Arau,Perlis semalam-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah mengadap Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim di Galeri Diraja Arau, semalam.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah dan timbalannya Mahazir Abd Majid.

Dalam majlis tersebut, Zailani mempersembah maklumkan kepada baginda perkembangan terkini serta perihal inisiatif-inisiatif baharu JPJ bagi peringkat ibu pejabat di Putrajaya dan juga negeri di Perlis.

Beliau turut menerangkan mengenai aplikasi MyJPJ yang telah dilancarkan baru-baru ini bagi memudahkan para pengguna kenderaan untuk memperbaharui lesen memandu, insurans, cukai jalan dan lain-lain dengan cara yang lebih mudah.

Baginda yang pernah bermastautin lama di luar negara termasuk di Australia sebagai pelajar serta di Sepanyol dan Switzerland ketika berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan syarikat Malaysia Airlines sebelum berangkat pulang ke tanah air untuk memegang amanah sebagai Tuanku Pemangku Raja Perlis pada tahun 2002 juga berkongsi pengalaman tentang suasana serta bentuk pendaftaran dan penguatkuasaan kenderaan jalan raya yang dijalankan di negara luar terutamanya dan kepatuhan rakyat di sana dalam mematuhi undang-undang jalan raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya