Peniaga kedai runcit menang cabutan kereta Mercedes MBSB Bank

Peniaga kedai runcit menang cabutan kereta Mercedes MBSB Bank

JESLEIGH Johari (kanan) bersama Mohamad Jefri Mohamad yang memenangi hadiah kereta mewah jenis Mercedes Benz A 200 selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan utama Simpanan Berganda Menang Bergaya 2.0 CASA-I (SBMB 2.0) MBSB Bank Berhad (MBSB) di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga kedai runcit menerima ‘durian runtuh’ berupa sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz A 200 selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan utama Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 CASA-I (SBMB 2.0) MBSB Bank Berhad (MBSB) di sini hari ini.

Mohamad Jefri Mohamad, 38, yang berasal dari Kampung Sungai Rengas, Terengganu terpilih sebagai pemenang bagi cabutan utama untuk suku pertama SBMB 2.0.

Selain itu, empat lagi pemenang Low Beng Chong, Low Wan Choon, Kamarudin Yahya dan Zulkeflee masing-masing memenangi wefer emas bagi Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.

Ketua Operasi MBSB Bank Jesleigh Johari berkata, orang ramai masih lagi mempunyai peluang untuk menyertai kempen ini yang akan tamat pada 31 Mei ini.

Menurutnya, selain kereta mewah kempen ini menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM2.4 juta seperti motosikal, telefon pintar dan wang tunai.

“Kempen ini ada tujuh kategori cabutan iaitu bulanan, kesetiaan, simpanan baharu, digital, simpanan tinggi serantau, istimewa serta utama.

“Mereka yang berminat untuk menyertai kempen SBMB 2.0 ini boleh membuka akaun simpanan atau Akaun Semasa Primewin-i dengan jumlah deposit minimum iaitu RM100 di 47 cawangan MBSB Bank atau secara dalam talian di www.mbsbbank.com,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Untuk Kempen SBMB 2.0 di sini hari ini.

Jesleigh memberitahu, kempen ini juga bertujuan menghargai para pelanggan setia MBSB Bank

Katanya, pada masa sama ia bertujuan menarik lebih ramai pelanggan pelanggan baharu untuk bersama-masa dengan MBSB Bank.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua penenang dan berharap mereka dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk bersama-sama MBSB,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamad Jefri mengakui terkejut selepas dimaklumkan menerima hadiah utama berupa kereta Mercedes.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka simpanan berjumlah RM20,000 itu membolehkan dia terpilih sebagai pemenang utama.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.