Pemandu Alphard guna lorong motosikal dicari polis - Utusan Malaysia

Pemandu Alphard guna lorong motosikal dicari polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV)  Toyota Alphard yang memandu di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan  sehingga  tular di media sosial dicari polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah ini sedang  mengesan pemandu kenderaan Alphard susulan satu video berdurasi 25 saat yang tular di aplikasi WhatsApp.

Menurut beliau, video tersebut memaparkan kenderaan itu dipandu di lorong motosikal Lebuh Raya Persekutuan di sini menghala Kuala Lumpur berhampiran Amcorp Mall dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

“Satu laporan polis telah diterima manakala kertas siasatan juga turut dibuka bersabit kes berkenaan,” kata beliau.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemilik atau pemandu kereta untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, saksi yang melihat kejadian tersebut juga boleh tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya