OKU rentung, tinggal sendirian ketika ibu, adik ke pasar - Utusan Malaysia

OKU rentung, tinggal sendirian ketika ibu, adik ke pasar

ANGGOTA bomba dan Penyelamat mengusung mayat mangsa kebakaran untuk diserahkan kepada pihak polis di Kampung Parit Haji Elias, Ayer Baloi, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang wanita kurang upaya ditemukan rentung dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Parit Haji Elias, Ayer Baloi, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, mangsa,  Fauzianah Mad Ismail, 48, melecur pada bahagian badan.

Pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kebakaran itu yang dipercayai  bermula dari bahagian dapur rumah berkenaan.

“Namun, punca kejadian masih disiasat oleh Bahagian Forensik, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohammad Shofee berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya dan menasihatkan orang ramai yang mempunyai ahli keluarga OKU tidak meninggalkan mereka bersendirian di rumah.

Sementara itu, Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.27 tengah hari dan seramai 23 anggota bersama sebuah jentera FRT dan satu jentera FRV dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat seorang mangsa wanita OKU di dalam bilik tidur  yang telah meninggal dunia ketika ditemui,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, Nurul Ashikin, 40, berkata, kakak sulung daripada lapan beradik itu tinggal bersama emak, seorang adik lelaki dan anak saudara yang berusia 16  tahun.

Ketika kejadian, emak dan adiknya pergi ke pasar pada pukul 10 pagi, manakala anak saudaranya ke sekolah dan meninggalkan arwah bersendirian di dalam biliknya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Abdul Karim, Ayer  Baloi, petang tadi. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.