Negeri Sembilan sasar 60 peratus murid ambil aliran STEM - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan sasar 60 peratus murid ambil aliran STEM

AMINUDDIN Harun (kanan) melihat aktiviti yang dijalankan murid-murid pada perasmian Pembukaan Pusat STEM Negeri @ STEM Hub N9 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebanyak 60 peratus murid-murid di Negeri Sembilan disasarkan mengambil aliran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) sekali gis melanjutkan ke pengajian tinggi di dalam bidang tersebut. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sasaran itu diyakini dapat dicapai menerusi perancangan yang telah dilaksanakan termasuk menerusi sesi libat urus bersama pemegang taruh, pensyarah di peringkat pengajian tinggi selain penubuhan pusat STEM Negeri Sembilan.

“Saya mahu anak-anak di negeri ini dapat melanjutkan ke pengajian tinggi di dalam bidang STEM lebih-lebih lagi negeri ini merupakan sebuah negeri perindustrian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pusat STEM Negeri @ STEM Hub N9 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Aminuddin, negeri ini merupakan negeri pertama yang mempunyai pusat STEM sendiri dan ia bakal menjadi tumpuan semua pihak dalam pelaksanaan aktiviti berkaitan bidang STEM.

“Saya berharap dengan tertubuhnya pusat ini ini anak-anak khususnya di Negeri Sembilan akan terus berminat dalam bidang STEM,” katanya yang turut meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi menaik taraf dan melengkapkan pusat tersebut dengan kemudahan lengkap.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussin berkata, pihaknya mengambil langkah awal untuk menubuhkan Pusat STEM Negeri bagi memastikan enrolmen murid mencecah 60 peratus pakej STEM selain memperkasa dan menaik taraf Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya