Mari's Buffet Cafe tawar lebih 50 hidangan berbuka puasa - Utusan Malaysia

Mari’s Buffet Cafe tawar lebih 50 hidangan berbuka puasa

AZWAN Ali atau lebih dikenali Diva AA (kanan) merasai kambing golek pada majlis food testing Ahlan Ramadan Buffet bersama Diva AA di Mari's Buffet Cafe di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mari’s Buffet Cafe di pusat bandaraya ini menawarkan lebih 50 jenis hidangan bufet tradisional cita rasa Malaysia dan autentik khas untuk pengunjung berbuka puasa di cafe itu pada Ramadan ini.

Pengarah Pengurusan Mari’s Buffet Cafe, Jamaliah Ismail berkata, antara menu ditawarkan adalah kambing golek, kari kambing, dendeng daging dan patin masak tempoyak.

Selain itu katanya, turut ditawarkan pelbagai aneka kuih muih dan air yang pastinya membuka selera orang ramai untuk berbuka puasa.

“Sempena Ramadan kali ini, kita di Mari’s Cafe Buffet menawarkan bufet Ramadan pada harga RM79 untuk dewasa dan RM55 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

“Bufet Ramadan ini akan bermula pada 25 Mac hingga 21 April bermula pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam,” katanya ketika ditemui pada majlis food testing Ahlan Ramadan Buffet bersama Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA di Mari’s Buffet Cafe di sini semalam.

Jamaliah berkata, tempahan bufet Ramadan di cafe itu dibuka bermula hari ini dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 01111403345 dan 0179018096.

Sementara itu, Diva AA berkata, beliau pertama kali hadir ke Mari’s Buffet Cafe dan terkejut apabila merasai hidangan di cafe tersebut.

“Bagi saya hidangan bufet Ramadan di Mari’s Buffet Cafe terbaik dan sangat sedap. Patin masak tempoyak misalnya, sudah banyak tempat saya makan termasuk di Kuala Lumpur, di cafe ini lebih sedap.

“Dendeng dagingnya sangat sedap dan menyelerakan, begitu juga kambing golek yang bagi saya sosnya adalah yang terbaik pernah saya makan,” katanya.

Berhubung harga bufet Ramadan Mari’s Buffet Cafe, beliau berkata, harga RM79 dewasa dan RM55 kanak-kanak murah dan berbaloi.

“Bagi saya ia murah dan berbaloi-baloi kerana menu dan hidangannya cukup sedap. Rugi jika orang ramai khususnya yang tinggal di Kuantan tidak berbuka puasa di sini.

“Saya sendiri jika berada di Kuantan akan memilih Mari’s Buffet Cafe untuk membuka puasa. Saya suka konsep, suasana dan hidangan di cafe ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya