JPJ Negeri Sembilan tahan pemandu kereta sapu - Utusan Malaysia

JPJ Negeri Sembilan tahan pemandu kereta sapu

PEMANDU kereta sapu yang ditahan dalam operasi khas penguatkuasaan yang dijalankan JPJ Negeri Sembilan di Jeti Penumpang Port Dickson, Jabatan Laut Malaysia, Port Dickson, semalam.-GAMBAR/JPJ NEGERI SEMBILAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai tiga orang pemandu kenderaan persendirian telah ditahan dan diambil tindakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam operasi penguatkuasaan khas ke atas kereta sapu (ulat) yang membawa penumpang tanpa lesen yang sah, semalam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi berkenaan telah dijalankan di Jeti Penumpang Port Dickson, Jabatan Laut Malaysia di sini dengan melibatkan 20 orang anggota penguatkuasa JPJ.

“Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu kereta sapu yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Peraturan menurut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 iaitu mana-mana orang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima sewa atau upah untuk membawa penumpang.

“Ketiga-tiga pemandu ini akan didakwa atas kesalahan berkenaan hari ini di Mahkamah Majistret Port Dickson dan diambil tindakan kerana melakukan kesalahan menurut peruntukan seksyen berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hanif Yusabra menasihatkan rang ramai yang ingin menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke satu-satu destinasi untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau mana-mana pengangkutan awam yang mempunyai lesen yang sah bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.

“Pada masa yang sama, JPJ akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan berterusan untuk membendung aktiviti kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen yang sah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya