Jangan bersekongkol dengan pihak mahu musnahkan UMNO - Utusan Malaysia

Jangan bersekongkol dengan pihak mahu musnahkan UMNO

AHMAD Zahid sewaktu berucap Majlis Pengenalan Calon-Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pemimpin UMNO yang akan dipilih oleh perwakilan dalam Pemilihan UMNO pada Sabtu ini diingatkan supaya tidak terus bersekongkol dengan pihak yang mahu memusnahkan parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan menerima sesiapa sahaja yang akan menang dalam pemilihan itu nanti namun berharap mereka yang terpilih tersebut akan bersamanya untuk terus menguatkan parti.

“Siapapun minat kita, sama ada yang telah berada di luar kepompong kepemimpinan parti ataupun masih dalam parti, minat itu teruskan, tetapi sekali kita dipilih kalau kita telah menang, janganlah lagi bersekutu dengan pihak yang menjadi gunting dalam lipatan ataupun menjadi api dalam sekam di dalam parti.

“Saya tahu ada perancangan di belakang untuk menggugat, pilihlah yang bersama saya dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) untuk memperkukuhkan parti, baliklah ke pangkal jalan dan bersama-sama parti untuk hadapi musuh di luar.

“Pertandingan ini pertandingan adik beradik, sedarah sedaging, semua menawarkan diri untuk tujuan memperkukuhkan parti, saya dan Tok Mat akan terima siapa sahaja yang menang dan siapa sahaja pilihan perwakilan, itulah Pemimpin UMNO yang akan bersama saya,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pengenalan Calon-Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pemilihan jawatankuasa UMNO bahagian bersama pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac ini.

AHMAD Zahid bersalaman dengan ahli-ahli UMNO pada Majlis Pengenalan Calon-Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Ahmad Zahid dalam pada itu juga mengharapkan tidak akan wujud kumpulan-kumpulan tertentu di dalam UMNO selepas pemilihan itu nanti.

“Saya harap sangat-sangat, naib-naib presiden yang akan menang untuk bersama-sama dengan presiden dan timbalan presiden, jangan ada kumpulan dalam kumpulan, parti dalam parti.

“Begitu juga rakan-rakan Majlis Tertinggi, saya amalkan dasar untuk raikan perbezaan dan pendapat dan kita hormati keputusan. Apa yang penting bukan jawatan tetapi parti mesti relevan semula dan menang kembali dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya