PETALING JAYA: Tindakan kerajaan menghentikan penajaan pelajar perubatan dan kejururawatan di universiti tempatan boleh memburukkan lagi sistem kesihatan negara ketika banyak perkara belum diselesaikan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, ini termasuklah isu kekurangan kakitangan kesihatan, pelantikan doktor kontrak ke jawatan tetap, tenaga pakar dan fasiliti kesihatan yang memerlukan perhatian kerajaan. “Sektor kesihatan antara terpenting kepada rakyat. Apabila kurang penajaan secara tidak langsung akan…