Enam bulan baik pulih fasiliti terjejas banjir - Utusan Malaysia

Enam bulan baik pulih fasiliti terjejas banjir

DR. ZALIHA MUSTAFA (kanan) mendengar penerangan daripada Dr. Zaid Kassim tentang kejadian banjir yang melanda Klinik Desa Kampung Tengah, Segamat semasa meninjau klinik berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Enam fasiliti Kementerian Kesihatan yang terjejas akibat banjir melanda awal bulan ini dijangka siap dibaik pulih sepenuhnya dalam tempoh enam bulan. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan penelitian awal, enam fasiliti itu melibatkan lima klinik desa dan sebuah klinik kesihatan di Segamat.

“Untuk keseluruhan Johor, kita sudah buat anggaran tentang jumlah kerosakan di fasiliti-fasiliti kesihatan.

“Kita anggarkan sebanyak RM1.8 juta jumlah kerosakan dan kos baik pulih fasiliti pula kita anggarkan sebanyak RM750,000 untuk semua fasiliti yang terlibat,” katanya selepas meninjau Klinik Desa Kampung Tengah yang terjejas akibat banjir, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu dan Pegawai Kesihatan Segamat, Dr. Zaid Kassim.

Zaliha berkata, pihaknya turut giat mengenal pasti lokasi baharu bagi memindahkan fasiliti kesihatan yang terdedah dengan bencana seperti banjir dan kemalangan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang sedia mempertimbangkan cadangan supaya kementerian  mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak bagi meningkatkan kualiti dalam sektor tersebut.

“Pihak kementerian menerima pandangan tersebut secara terbuka, namun kita memerlukan penilaian, memakan sedikit masa dan penelitian menyeluruh dari pelbagai sudut,” tambahnya.

Terdahulu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar menyarankan kerajaan perlu mewujudkan sistem yang bebas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan supaya kebajikan kumpulan berkenaan dapat ditambah baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya