[DUN] Lahirkan lebih 500 imam dengan kerjasama UTHM, Marsah - Utusan Malaysia

[DUN] Lahirkan lebih 500 imam dengan kerjasama UTHM, Marsah

MOHD. FARED MOHD. KHALID ditemui selepas menghadiri sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bakal melahirkan seramai 585 imam menerusi kerjasama dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) bagi mengatasi isu ketandusan imam muda pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, usaha itu menerusi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bagi mengatasi masalah kekurangan imam di kampung yang membabitkan imam yang sudah berusia menerusi program Imam Muda dan Eksekutif Imam Profesional selama setahun.

“Menerusi program Eksekutif Imam Profesional, seramai 85 imam muda berjaya dilahirkan dalam kalangan pelajar dan graduan.

“Selain itu, menerusi program Imam Muda, latihan pembangunan imam dan bilal untuk pelajar Marsah telah dilaksanakan sejak 2021. Menerusi program ini, Marsah akan melatih 500 pelajar yang mengikuti program itu setiap tahun.

“Program Imam Muda ini juga merupakan salah satu daripada lapan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi melahirkan 500 imam muda pada tahun ini dan 2,500 imam muda menjelang 2027,” katanya menjawab soalan Muszaide Makmor (BN-Sedili) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fared berkata, kerajaan negeri turut menggalakkan penduduk setempat memohon kekosongan jawatan itu dengan syarat sudah memiliki tauliah.

Menurutnya, pelantikan pegawai masjid dan surau (imam dan bilal) akan dibuat tiga tahun sekali dengan calon yang dinamakan pengerusi masjid dan surau perlu hadir ke pejabat kadi untuk mengisi borang.

“Kebiasaannya, kes kekurangan imam dan bilal biasa didengari di kawasan kampung. Bagi mengatasi masalah itu, JAIJ mengalu-alukan individu yang sukarela menjadi imam di kawasan tersebut.

“Pelajar tahfiz tempatan dialu-alukan untuk mengisi dan menggantikan kekosongan itu, tapisan perlu dibuat oleh pejabat kadi bagi mengelakkan lantikan tanpa usul periksa,” katanya sambil memaklumkan seramai 4,463 pegawai masjid terdiri daripada imam, bilal dan noja di 838 masjid dan 1,942 surau di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya