[DUN] Kerajaan tak berpeluk tubuh, bantu mangsa banjir - MB - Utusan Malaysia

[DUN] Kerajaan tak berpeluk tubuh, bantu mangsa banjir – MB

ONN HAFIZ GHAZI menjawab soalan pada sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan memastikan nasib 85,000 mangsa banjir dibela menerusi pelbagai bantuan yang sedang dan akan disalurkan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan berpeluk tubuh, sebaliknya sentiasa berusaha mencari jalan untuk membantu mangsa banjir supaya mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau turut merakamkan rasa simpati kepada 85,000 mangsa bencana banjir besar yang melanda negeri ini.

“Bermula 28 Februari lalu, hujan luar biasa melanda negeri ini sehingga Johor diuji dengan satu ujian yang cukup besar apabila lebih 85,000 orang rakyat Johor yang menjadi mangsa.

“Melihat kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka, kerosakan harta benda, kereta, perabot, jalan raya, kebun dan ladang, malah

ada yang terkorban, hancur hati ini apabila kita turun untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban mereka.

“Bayangkan, bagaimana agaknya perasaan ibu bapa yang terpaksa membuat persiapan dalam serba kekurangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah hari ini serta menyambut Ramadan ketika harta benda dan kediaman mereka musnah ditenggelami air,” katanya menjawab soalan Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon dilaporkan berkata, semua mangsa banjir bakal menerima bantuan daripada kerajaan negeri berjumlah RM300 bagi setiap keluarga.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berkenan mencemar duli menziarah mangsa-mangsa banjir.

Katanya, Sultan Ibrahim bukan sahaja berkenan menyumbang tenaga dan wang ringgit, malah menggerakkan aset semasa proses pemindahan mangsa banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya