[DUN] Kelantan terima surat tawaran guna Zeon Zoysia

[DUN] Kelantan terima surat tawaran guna Zeon Zoysia

Wan Roslan Wan Hamat -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan sudah menerima surat tawaran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaiktaraf padang bola sepak di negeri ini menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, tawaran di bawah dana geran padanan itu hanya untuk satu lokasi terpilih bagi setiap negeri dengan anggaran harga RM1 juta.

“Dari segi perbelanjaannya adalah 50-50. Ia merujuk kepada separuh perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan negeri manakala separuh lagi oleh KBS,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Rozi Muhamad (Pas-Tendong) pada sidang keempat, penggal kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Roslan memberitahu surat berkenaan telah dipanjangkan kepada pihak Perbadanan Stadium Negeri Kelantan (PSNK) untuk tindakan lanjut.

Katanya, PSNK akan buat kajian termasuk melibatkan kos penyelenggaraan rumput berkenaan dan sebarang maklumbalas akan dijawab secara terus kepada KBS.

Terdahulu Wan Roslan ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) berkata, kerajaan negeri sememangnya berhasrat membina lebih banyak padang sintetik berikutan sambutan memberangsangkan terhadap kemudahan itu.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengemukakan lima permohonan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12), pusingan perancangan keempat.

“Kita mencadangkan untuk membina dan menyiapkan padang bola sepak sintetik di Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kita juga bercadang membina pusat aktiviti mengandungi padang bola sepak sintetik di Gua Musang dan Kompleks Sukan Komuniti yang dilengkapi kemudahan sama.

“Kerajaan negeri bercadang menaik taraf Pusat Sukan Tanah Merah yang turut dilengkapi padang bola sepak sintetik selain membina kemudahan sukan di padang bola sepak Taman Desa Kemuning,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya