Bazar Ramadan: Jangan halang laluan, pili bomba - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan: Jangan halang laluan, pili bomba

ABDUL Khair Osman ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penganjur bazar Ramadan di negeri ini diingat untuk memastikan peniaga-peniaga tidak menghalang laluan sehingga boleh mengganggu respons masa pihak bomba untuk ke lokasi kecemasan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan , Abdul Khair Osman berkata, penganjur juga perlu mengelakkan peniaga untuk berniaga ataupun meletakkan gerai di lokasi terdapatnya laluan kecemasan dan pili bomba. 

“Saya harap penganjur atau pengurusan bazar Ramadan agar dapat memberi nasihat kepada peniaga-peniaga agar tidak berniaga di lokasi laluan jentera bomba dan lokasi berdekatan pili bomba. 

“Sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan kemalangan ia akan mengganggu pergerakan penguatkuasaan. Sekiranya berlaku, tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita sempena selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 di sini hari ini.

ABDUL Khair Osman (tengah) bersama penerima sijil penghargaan pada Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sehubungan itu juga beliau menambah, pihak bomba akan melakukan pemantauan dan kempen bagi memastikan peniaga bazar Ramadan dapat mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini berlaku. 

“Selain pemantauan, kami juga mahu memastikan peniaga yang memasak menggunakan api terbuka dan penggunaan gas mengetahui cara untuk memberi respon lebih awal sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat. 

“Melalui kawal selia sendiri atau self- regulatory ini peniaga akan dapat mengawal kebakaran yang berlaku terlebih dahulu,” katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, pihaknya turut menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa anggota JBPMNS yang terlibat dalam dua operasi memadamkan kebakaran baru-baru ini selain kepada tiga orang anggotanya yang turut serta dalam operasi penyelamatan mangsa gempa bumi di Turkiye.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya