194,333 pelajar mula sesi persekolahan di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

194,333 pelajar mula sesi persekolahan di Negeri Sembilan

DR. Roslan Hussin (dua dari kanan) bertemu murid-murid sekolah ketika beliau mengadakan lawatan hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Abdullah, Jelebu hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seramai 194,333 orang pelajar dari 479 buah sekolah rendah dan menengah mendaftar bagi mengikuti sesi akademik 2023-2024 di Negeri Sembilan. 

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Dr. Roslan Hussin berkata, ia melibatkan 162 buah sekolah di daerah Seremban, 67 sekolah di Jempol, Port Dickson (63), Kuala Pilah (63), Tampin (51), Rembau (41) dan Jelebu (32).

“Alhamdullilah hari ini kehadiran murid dan pelajar di seluruh negeri ini amat baik. 

“Saya melihat semangat mereka amat tinggi walaupun pada minggu pertama ini mereka tidak memulakan pembelajaran namun guru-guru tetap menyediakan bahan informatif proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Abdullah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, SK Undang Abdullah menjadi perintis bagi pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) di negeri ini iaitu menyediakan peluang pendidikan pada peringkat rendah dan menengah rendah di sebuah sekolah yang sama bagi tempoh sembilan tahun iaitu dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 3.

“Sekolah ini dipilih menjadi sekolah rintis selepas kami melihat jarak sekolah dari tempat tinggal menjadi faktor penyebab mereka (murid dan pelajar) termasuk orang Asli yang sukar untuk ke sekolah. 

“Ada pelajar yang tinggal di Kampung Orang Asli Tohor, Jeram Lesung yang mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk ke sekolah.  Saya berharap mereka dapat menggunakan peluang ini sekali gus menangani masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli terutama di Jelebu,” katanya. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya