19 lelaki dicekup sabung ayam depan rumah

19 lelaki dicekup sabung ayam depan rumah

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 19 lelaki yang leka menyabung ayam dicekup polis dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Pauh, Badang di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 8.30 malam itu, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 66 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, semasa serbuan dijalankan, kesemua lelaki itu didapati sedang leka menyabung ayam.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan itu telah menjumpai lapan ekor ayam laga dan enam buah sangkar.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,522 yang dipercayai digunakan sebagai wang pertaruhan dalam kegiatan sabung ayam.

“Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya