Sabung ayam, ayam kena rampas - Utusan Malaysia

Sabung ayam, ayam kena rampas

Sabung ayam
SUSPEK yang ditahan anggota polis dipercayai melakukan judi sabung ayam dekat Jalan Persiaran Bayu, Bandar Saujana Putra, di Kuala Langat, Selangor, Ahad lalu. - UTUSAN /  MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sekumpulan individu terpaksa berputih mata apabila tidak dapat menghabiskan aktiviti sabung ayam dan hilang wang pertaruhan sehingga RM500 selepas lokasi perjudian haram itu dekat Jalan Persiaran Bayu, Bandar Saujana Putra di sini, diserbu polis pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, lokasi sabung ayam itu diserbu polis dari Balai Polis Banting selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Dipercayai kumpulan ini melakukan kegiatan ini lebih kurang dua bulan lalu di kawasan terbabit. Semasa serbuan, kumpulan ini sedang berkumpul dipercayai sedang membuat pertaruhan judi sabung ayam.

“Namun bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila nampak kehadiran polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, susulan serbuan, polis menahan enam warga tempatan dan seorang warga Vietnam berusia 31 hingga 55 tahun selain merampas 25 ekor ayam jantan dipercayai digunakan untuk kegiatan sabung.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu berjudi di tempat awam. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya