Tiga penyamun ditahan, turut larikan kereta - Utusan Malaysia

Tiga penyamun ditahan, turut larikan kereta

KERETA Proton Iswara yang dilarikan tiga lelaki berjaya ditemukan semula di Simpang Renggam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tiga lelaki tidak sempat untuk menikmati hasil samun apabila mereka berjaya dicekup polis dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, tiga rakan yang berusia antara 33 hingga 44 tahun dan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah ditahan di dua kediaman berasingan di Simpang Renggam kira-kira pukul 2 pagi tadi. 

Sebelum itu, polis menerima laporan daripada seorang warga asing yang menyatakan dia disamun ketika tidur di rumahnya kira-kita pukul 4 pagi semalam.

Pengadu memaklumkan, wang tunai dan barang peribadi, kumpulan penjenayah tersebut turut melarikan kereta Proton Iswara.

“Susulan itu, pasukan penyiasat IPD Batu Pahat berjaya mengesan tiga lelaki warga tempatan sebelum serbuan dilakukan pukul 2 pagi tadi. 

“Hasil serbuan itu, kita berjaya menemukan semula kereta Proton Iswara yang dilaporkan oleh pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tiga penjenayah tersebut ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397/379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN