Tertuduh beritahu dia tak sedar ketika tikam pesakit di Hospital Selayang - Utusan Malaysia

Tertuduh beritahu dia tak sedar ketika tikam pesakit di Hospital Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menikam seorang pesakit di Hospital Selayang dua minggu lalu memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa ketika kejadian dia  tidak sedar kerana berhalusinasi.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, t Mohd. Khairul Kamul, 22, hanya mengangguk tanda faham namun tidak menyatakan pengakuan dan sebaliknya  hanya memberitahu dia tidak sedar ketika kejadian.

“Saya tidak sedar dan di  bawah halusinasi serta terdengar bisikan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal kemudian memohon supaya Mohd. Khairul dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri berikutan keadaan mental tertuduh mungkin tidak stabil.

“Pihak pendakwaan membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri kerana dipercayai keadaan mental tertuduh  tidak stabil. 

“Sebelum ini tertuduh juga ditahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Selayang sejak 15 Februari 2023,” katanya.

CEDERA PARAH

Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairul didakwa  sengaja mendatangkan cedera parah terhadap V.Sathish Rao, 29, dengan menggunakan sebilah pisau di Zon Kuning Bahagian Kecemasan Hospital Selayang di sini pada pukul 3.45 petang, 14 Februari lalu.

Pertuduhan ke atas tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebat.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin kemudian memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetakan 29 Mac ini bagi sebutan semula kes dan laporan psiakitri tertuduh.

Media sebelum ini melaporkan seorang pesakit denggi yang menunggu rawatan di Hospital Selayang  ditikam seorang pesakit mental.

Tikaman itu menyebabkan mangsa cedera pada abdomen kiri dan kanan badan serta bahagian belakang badan. Selepas rawatan mangsa  dilaporkan stabil.

Polis Selangor pada sidang akhbar selepas itu memaklumkan lelaki berusia 22 tahun yang menikam pesakit terlebih dahulu  mengamuk di rumah kakaknya.

Ahli keluarga tidak dapat mengawal suspek dan  menghubungi pihak bagi membawa lelaki itu  ke hospital berdekatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya