PRN: Menteri Besar, Ketua Menteri enam negeri bertemu minggu hadapan - Utusan Malaysia

PRN: Menteri Besar, Ketua Menteri enam negeri bertemu minggu hadapan

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Tahunan Kali Ke-21 DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar dan Ketua Menteri enam buah negeri yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi akan melakukan pertemuan di antara mereka pada minggu hadapan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pertemuan tersebut bertujuan bagi mengadakan perbincangan mengenai PRN termasuk cadangan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing supaya PRN dapat dilaksanakan serentak di keenam-enam buah negeri terlibat.

“Perbincangan akan diadakan pada minggu hadapan, bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Kemudian ada taklimat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk kami maklumkan pandangan dari negeri supaya PRN dapat dijalankan secara serentak,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Tahunan Kali Ke-21 DAP Negeri Sembilan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung DAP yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook.

Aminuddin bagaimanapun tidak memaklumkan bilakah tarikh dan di mana lokasi pertemuan tersebut akan diadakan

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau sekali lagi menjangkakan PRN Negeri Sembilan akan diadakan pada bulan Julai depan.

“Ikut ramalan saya ia akan diadakan pada bulan Julai, itu hanyalah ramalan saya seorang. Ia akan dibincangkan minggu hadapan bersama Menteri Besar untuk menentukan tarikh pembubaran (DUN),” katanya lagi.

Enam buah negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya