Penyelewengan wang zakat: Polis lengkapkan kertas siasatan - Utusan Malaysia

Penyelewengan wang zakat: Polis lengkapkan kertas siasatan

AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn. Bhd.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kertas siasatan itu sedang dilengkapkan untuk dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya. 

“Kes itu (dakwaan penyelewengan wang zakat MAINS) masih dalam siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah. 

“Namun, saya tidak boleh dedahkan jumlah individu yang telah diambil keterangan kerana ia masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. 

Ahmad Dzaffir berkata, masyarakat diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

Pada 8 Februari lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku salah laku dan rasuah dalam MAINS.

Kemudian suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hasil siasatan berhubung isu dakwaan penyelewengan wang zakat melibatkan Mains Zakat Sdn. Bhd. pada 2019 telah selesai dan tidak menemukan sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, Ahmad Dzaffir kemudian berkata, siasatan kes tersebut dibuka di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan.

Selain itu, MAINS mengeluarkan kenyataan menafikan tohmahan dan fitnah yang disebarkan melalui media sosial berkenaan salah guna wang zakat di Negeri Sembilan dan telah membuat beberapa laporan polis terhadap pemilik media sosial terbabit.

Ia selepas tular di media sosial dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan wang zakat di Negeri Sembilan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim dalam kenyataan kemudiannya  mengesahkan kes dakwaan penyelewengan wang zakat yang dikaitkan dengan MAINS dikaji semula dengan melihat keterangan yang ada.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya