Pemuda hilang: Operasi SAR guna pengimejan suhu - Utusan Malaysia

Pemuda hilang: Operasi SAR guna pengimejan suhu

USAHA mencari penuntut yang hilang di Pulau Mawar diteruskan pada hari keenam walaupun masih belum menemukan mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang disyaki hilang di Pulau Mawar, di sini yang  memasuki hari keenam dipergiatkan dengan menggunakan peralatan pengimejan suhu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, peralatan itu digunakan sejak semalam ekoran usaha mengesan Muhamad Akmal Hakimi Ishak, 19, tidak menemukan sebarang petunjuk hingga kini.

“Setelah SAR tidak menemui sebarang petunjuk positif, pasukan mencari dan menyelamat menggunakan peralatan pengimejan kerana mampu mengesan suhu badan, sekali gus membantu menjejak sekiranya mangsa berada di pulau berkenaan. 

“Walau bagaimanapun, kami masih meneruskan pencarian membabitkan tiga sektor, iaitu daratan, sungai dan perairan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, SAR yang digerakkan sejak Jumaat lalu akan diteruskan meskipun berdepan cabaran cuaca hujan berterusan sejak petang semalam.

Anggota yang terlibat juga telah menjejaki keseluruhan Pulau Mawar yang keluasannya lebih kurang tiga kilometer (km) persegi secara berulang kali sejak hari pertama operasi dilancarkan.

Beliau berkata, SAR dilaksanakan hari ini membabitkan pertambahan anggota daripada 45 orang menjadi 58 orang  dengan menggunakan dua bot Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sebuah bot milik Pasukan Polis Marin.

Rabu lalu, Muhamad Akmal dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Makmur, Kluang.

Motosikal dinaiki mangsa ditemukan di kawasan Pulau Mawar dan dipercayai ditinggalkan bagi membolehkannya melakukan aktiviti pendakian di pulau berkenaan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.