Negeri Sembilan sambar Safuwan Baharudin - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan sambar Safuwan Baharudin

MUHAMMAD Safuwan Baharudin diumumkan sebagai pemain import baharu Negeri Sembilan menerusi akaun media sosial pasukan itu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Berbaki beberapa hari bermulanya Liga Malaysia 2023, pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC berjaya menambat seorang lagi pemain import iaitu pertahanan dari Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin, 32.

Pasukan itu menerusi kenyataan di media sosial hari ini memaklumkan, kehadiran Muhammad Safuwan pastinya akan menguatkan lagi barisan pertahanan skuad Hobin Jang Hobin.

“Safuwan Baharudin akan beraksi bersama Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Malaysia 2023. Memiliki ketinggian 181 sentimeter, kehadiran beliau pastinya akan membantu bahagian pertahanan pasukan Negeri Sembilan FC,” kata kenyataan tersebut.

Mengisi kuota pemain import Asia Tenggara, Muhammad Safuwan yang pernah beraksi bersama Selangor dan Pahang akan bersama empat pemain import lain yang telah diumumkan untuk membawa cabaran pasukan Jang musim ini.

Mereka ialah pemain pertahanan dari Perancis, Mark Herold Goulon, 34, yang dikekalkan dari skuad musim lalu dan pemain tengah berasal dari Gabon, Levy Clemen Madinda yang dipinjamkan dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

Dua lagi yang baharu tiba minggu ini dari Brazil ialah penyerang dari Brazil, Anselmo Arruda da Silva, 32, ataupun dikenali sebagai Casagrande serta pemain tengah, Vinicius Leonel Ferreira Da Silva, 26.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.