Mesma mahu cungkil lebih ramai permata memanah negara

Mesma mahu cungkil lebih ramai permata memanah negara

RUSLAN Said (kiri) bersiap sedia untuk melepaskan anak panah sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran Mesma Peringkat Kebangsaan di Ibu Pejabat YIK, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (Mesma) mahu menjadi platfrom mencungkil dan melahirkan lebih ramai pertama dalam sukan memanah yang mampu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ruslan Said berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kejayaan Mesma yang telah melahirkan beberapa bakat-bakat baharu sehingga mampu yang bersaing di peringkat Sukan Malaysia (Sukma).

Menurutnya, pada masa yang sama ada dalam kalangan peserta Mesma turut menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan

“Selaku penganjur, kita meletakkan sasaran bahawa peserta ini mampu menjulang nama negara di pentas antarabangsa pada masa depan,” katanya selepas Merasmikan Majlis Pelancaran Mesma Peringkat Kebangsaan di Ibu Pejabat YIK, Tunjong, di sini hari ini

Ruslan memberitahu, Kelantan dipilih sebagai tuan rumah Mesma Peringkat Kebangsaan Kali Keempat yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos depan.

Katanya, penganjuran Mesma yang kerjasama dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian itu mempertaruhkan dua acara iaitu Recurve dan tradisional.

Ruslan berkata, seramai 196 orang peserta lelaki dan perempuan dari seluruh negara yang merupakan pelajar-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN),  Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) akan menyertai kejohanan ini.

Katanya, Jakim menjangkakan lebih 500 orang termasuk pegawai, pengadil dan urusetia pertandingan akan terlibat pada Mesma tahun ini.

“Pemilihan peserta di peringkat sekolah akan bermula Mac ini. Peserta yang layak akan berentap di peringkat zon sehinggalah daerah pada Mei. 

“Peringkat negeri pula akan bermula dari Jun hingga Julai 2023 seterusnya ke saingan kebangsaan pada 6 hingga 9 Ogos,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya