Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung - Utusan Malaysia

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung

TANGKAP layar video tular di media sosial memaparkan mayat terapung di tengah laut sebelum dibawa ke darat dalam kejadian berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di tengah laut berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut pada pukul 1.40 petang setelah dihubungi pengawal keselamatan Jabatan Laut Port Dickson. 

“Pihak polis telah ke lokasi kejadian dan dengan bantuan bot Jabatan Laut Port Dickson dan mayat tersebut telah dibawa ke darat. 

“Ketika ditemui, mayat berkenaan berpakaian baju singlet berwarna hitam, berseluar pendek warna hitam, memakai rantai leher, memakai tali rantai warna merah di sebelah tangan kanan serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aidi Sham, lelaki tersebut dipercayai berusia lingkungan 40 ke 50 tahun bagaimanapun tiada unsur jenayah dikesan.

“Mayat itu telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan hasil semakan pihak polis mendapati setakat ini tiada sebarang laporan orang hilang diterima di mana-mana balai polis dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson,” katanya.

Jelas beliau, usaha mengesan waris masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh menyalurkan ke balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Port Dickson di talian  06-6462999.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial Facebook memaparkan seorang mayat terapung di tengah laut sebelum dinaik ke dalam bot oleh dua orang lelaki-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya