Kumpulan agresif samun guna parang, ikat mangsa berjaya ditumpaskan - Utusan Malaysia

Kumpulan agresif samun guna parang, ikat mangsa berjaya ditumpaskan

PELBAGAI barangan dirampas daripada suspek yang aktif melakukan samun sekitar Mantin, Seremban dalam Op Tajam Mantin yang dilancarkan.-GAMBAR/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kegiatan satu kumpulan yang aktif melakukan jenayah samun dan pecah masuk premis kedai di sekitar Mantin di sini sejak pertengahan tahun lalu berjaya ditumpaskan dengan penahanan 15 orang suspek.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kumpulan tersebut amat agresif dengan setiap ahli kumpulan menggunakan senjata parang dan mangsa kebanyakannya diikat.

Ahmad Dzaffir berkata, rentetan daripada itu satu operasi khas Op Tajam Mantin telah dilancarkan pada 26 Januari hingga 3 Februari lalu yang berjaya membuat tangkapan ke atas 15 orang suspek berusia antara 25 hingga 41 tahun di sekitar Nilai dan Kajang, Selangor.

“Siasatan mendapati, kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes samun, pecah rumah, curi kenderaan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Dengan kejayaan ini, polis Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya menyelesaikan 18 kes yang dilakukan kumpulan tersebut yang mana 13 kes di Negeri Sembilan dan lima kes lagi di Selangor melibatkan kerugian berjumlah RM231,631.50,” katanya.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan untuk arahan dituduh di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah, Seksyen 414 Kanun Keseksaan (melupuskan harta curi) dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (gagal menjelaskan wang dalam akaun).-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya