Kerajaan terbuka terima cadangan turap jalan guna getah

Kerajaan terbuka terima cadangan turap jalan guna getah

ALEXANDER Nanta Linggi (dua dari kanan) dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kemudahan Pengecasan Berkelajuan Tinggi TNB Electron di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh Arah Utara di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan terbuka menerima pelbagai cadangan yang disuarakan pemain industri berhubung penggunaan getah asli tempatan sebagai bahan turapan jalan untuk penyelenggaraan jalan raya di negara ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan atau idea itu akan diperhalusi sekiranya saranan tersebut dapat menambah baik kaedah penyelenggaraan jalan raya.

“Kita sebenarnya memang terbuka menerima mana-mana cadangan, idea sedia ada atau mahu mencontohi negara lain berkenaan turapan jalan.

“Asalkan tujuannya untuk mempertingkatkan dan menambah baik cara-cara kita menyelenggara jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kemudahan Pengecasan Berkelajuan Tinggi TNB Electron di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan pemain industri agar kerajaan menggunakan turapan getah beku tempatan berbanding sisa serbuk terpakai yang diimport dari luar negara.

Hari ini, muka depan Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan boleh menjimatkan kos setengah bilion ringgit setahun jika menggunakan getah asli tempatan sebagai bahan penurap dalam penyelenggaraan jalan raya di negara ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, sebelum ini sudah banyak idea-idea penurapan jalan dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Sudah ada idea-idea yang dipertimbangkan sebelum ini, namun buat masa sekarang belum sampai lagi (peringkat) mana yang terbaik. Banyak cadangan diterima tapi apabila dipertimbangkan mungkin tidak ekonomi.

“Mungkin daripada segi teknologi bagus, tetapi tidak ekonomi atau tidak sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.