Jalan Gua Musang banyak lubang, tidak rata

Jalan Gua Musang banyak lubang, tidak rata

gua musang
KEADAAN jalan berlubang dan berlopak di persimpangan lampu isyarat di tengah bandar Gua Musang yang dirakam semalam. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Struktur jalan tar berlubang, pecah dan berlopak di persimpangan lampu isyarat di tengah bandar Gua Musang dan laluan Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Tinjauan di persimpangan lampu isyarat di sini mendapati, terdapat banyak lubang dan serpihan batu kecil di tengah-tengah jalan tersebut menyebabkan pengguna terpaksa berwaspada.

Seorang pengguna, Mohd. Rustam Abdullah, 31, berkata, setiap kali hujan lebat dalam tempoh lama, permukaan jalan di laluan itu menjadi lebih teruk selain tampalan tar pecah.

“Laluan itu perlu diberi perhatian kerana ia jalan utama terma­suk untuk kenderaan berat se­perti bas, lori serta treler,” katanya di sini semalam.

Muhammad Adli Kamaruzzaman, 43, pula berkata, jalan me­nuju ke Sungai Asap, Taman Agropolitan Rantau Manis dan Felda Chiku turut rosak dan berlubang serta tidak rata.

“Masalah jalan berlubang dan tidak rata di kawasan itu perlu ditangani sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Sudah ramai pengguna mengeluh apabila kenderaan mereka rosak seperti tayar pe­cah,” katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim berkata, pihaknya mendapat banyak aduan mengenai perkara itu.

“Kelmarin saya ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir dan RKT Paloh untuk menziarahi penduduk dan jalan utama Gua Musang menuju ke Kuala Krai memang banyak lubang.

“Saya harap masalah ini diberi perhatian oleh agensi terlibat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.