LANGKAWI: Fenomena ‘laut terbelah’ di Pantai Tanjung Rhu, di sini yang berlaku sejam bermula pukul 6.45 pagi, kelmarin dan 7.15 pagi semalam menarik kira-kira 3,000 pengunjung. Fenomena dari air surut penuh itu menyebabkan beting pasir sepanjang kira-kira 600 meter terbentuk yang membolehkan pengunjung berjalan kaki sehingga ke Pulau Kelam Baya yang biasanya hanya boleh diakses menggunakan bot. Tinjauan mendapati, kawasan parkir terbuka berdekatan dengan pantai tersebut sudah dipenuhi pengunjung seawal…