Casagrande, Vinicius Leonel taruhan import Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Casagrande, Vinicius Leonel taruhan import Negeri Sembilan

BARISAN pemain Negeri Sembilan FC bagi musim 2023 yang diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penyerang dari Brazil, Anselmo Arruda da Silva, 32, ataupun dikenali sebagai Casagrande menjadi pemain import terbaharu berjaya dipancing pasukan Negeri Sembilan FC bagi menghadapi saingan Liga Super yang berbaki lagi seminggu 

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan berkata, bekas pemain Penang FC itu dibawa masuk pasukan Hobin Jang Hobin itu bersama seorang lagi pemain import dari Brazil iaitu Vinicius Leonel Da Silva, 26,.

Ini menjadikan Negeri Sembilan mempertaruhkan empat orang pemain import selepas sebelum ini berjaya mengikat pemain tengah berasal dari Gabon, Levy Clemen Madinda yang dipinjamkan dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

Seorang lagi pemain import ialah pemain pertahanan dari Perancis, Mark Herold Goulon, 34, yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

“Casagrande akan beraksi di barisan serangan manakala Vinicius boleh beraksi di beberapa posisi. Casagrande sebelum ini merupakan pemain Penang FC manakala Vinicius kali pertama beraksi di Liga Malaysia,

“Setakat ini kami akan mempunyai empat orang pemain import tanpa pemain import kuota Asia dan ASEAN. Ini bermaksud, setiap perlawanan Negeri Sembilan hanya dapat menampilkan tiga orang pemain import manakala seorang lagi akan berada di bangku simpanan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Negeri Sembilan FC di Nilai di sini hari ini.

Devan dalam pada itu memberitahu, meskipun pasukan yang dibimbingnya itu mempunyai jumlah pemain import yang kurang berbanding kebanyakan pasukan lain, beliau yakin Negeri Sembilan tetap dapat memberikan saingan hebat pada musim ini.

“Saya sudah ada kesebelasan pemain utama dalam kalangan pemain tempatan, ditambah dengan kemasukan pemain import ketika ini, saya perlu melihat tahap kecergasan mereka semasa menjalani latihan dalam masa dua tiga hari ini.

“Kemudian saya akan melihat sama ada mereka sesuai untuk beraksi pada perlawanan pertama ataupun tidak berdasarkan tahap status kecergasan mereka,” katanya lagi.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku pengendali Liga Malaysia sebelum ini membuat keputusan membenarkan pasukan Liga Super mendaftar sembilan orang pemain import bermula musim ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya