MELAKA: Peniaga ayam di Pasar Besar Melaka di sini berusaha sehabis boleh mengekalkan kadar caj pemotongan ayam 70 sen seekor, selagi pihak pemborong dan penternak tidak menaikkan caj penghantaran atau berlaku kenaikan harga bahan mentah itu. Ketika ditemui Utusan Malaysia, peniaga, Hamzah Othman, 58, berkata, apa yang dibimbangkan jika kenaikan tersebut berlaku sewaktu Ramadan dan pada sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Katanya, caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan tidak menyalahi…










