31 premis makanan di Kelantan jayakan Menu Rahmah

31 premis makanan di Kelantan jayakan Menu Rahmah

AZMAN Ismail ( kanan) bersama Norhazelizan Mamat menunjukkan Menu Rahmah yang dijual di Ayang Cafe, Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 31 buah premis menjual makanan termasuk kafe di negeri ini sudah menjayakan program Menu Rahmah sejak ia diperkenalkan oleh kerajaan pada 31 Januari lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, daripada jumlah tersebut jajahan Kota Bharu merekodkan penglibatan tertinggi iaitu 21 premis kedai manan dan kafe.

“Selebihnya di Pasir Mas (tiga), Tanah Merah (tiga), Gua Musang (dua) dan masing-masing satu di Tumpat serta Ayer Lanas, Jeli.

“Kita (KPDN Kelantan) tidak menyasarkan jumlah Menu Rahmah, namun berharap lebih ramai peniaga makanan termasuk pemilik kafe akan menjayakan hasrat kerajaan ini. Alhamdulillah setakat ini, kita menerima maklum balas baik daripada peniaga mengenai konsep menu ini,” katanya kepada pemberita semasa memperkenalkan Menu Rahmah di Ayang Cafe, di sini hari ini.

Azman memberitahu, pihak berjaya para peniaga dapat menjaga dan mengenalkan kualiti makanan yang disajikan kepada para pelanggan.

Katanya, pada masa sama KPDN akan terus memberi penerangan kepada pemilik premis makanan berkait hasrat kerajaan ini.

Sementara itu, pemilik Ayang Cafe, Norhazelizan Mamat, 45, berkata, Menu Rahmah merupakan salah satu usaha baik kerajaan yang perlu di sokong oleh peniaga makanan di negara ini.

Katanya, usaha ini merupakan salah satu bentuk perkongsian bagi membantu pelanggan menikmati hidangan serendah RM5.

“Saya sebenarnya sudah lama memperkenalkan hidangan seakan-akan Menu Rahmah melibatkan nasi atau roti bersama minuman pada harga RM3 hingga RM5 sejak tahun 2018 lalu,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya