1,000 penunggang motosikal dapat petrol percuma 

1,000 penunggang motosikal dapat petrol percuma 

AZLI Mohd. Nor (kiri) membantu mengisi minyak petrol kepada pengguna motosikal di sebuah stesen minyak di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kira-kira 1,000 penunggang motosikal menerima angihan petrol secara percuma yang disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan di sebuah stesen minyak di Kubang Kerian di sini hari ini.

Rata-rata penunggang motosikal yang ditemui menyambut baik usaha itu dan menyifatkan ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah ketika sedang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Seorang pembantu kedai, Zawawi Mamat, 56, berkata, dia mengetahui mengenai program itu melalui media sosial semalam dan keluar rumah kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menurutnya, sejurus tiba di stesen minyak berkenaan dia mendapati sudah ramai penunggang motosikal beratur untuk mengisi petrol. 

“Alhamdulillah, saya dapat memenuhkan tangki minyak dengan mengisi petrol sebanyak RM5 dalam program tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Seorang suri rumah, Salfariza Che Harun, 41, pula berkata, dia sedang dalam perjalanan ke Pasar Tok Kenali di sini dan sudah bercadang untuk berhenti di stesen minyak tersebut.

“Saya mengetahui program anjuran Abam Peah menerusi media sosial kira-kira seminggu lalu. Meskipun perlu menunggu giliran, saya dapat mengisi penuh tangki minyak motosikal,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Abam Peah Holding Sdn. Bhd Azli Mohd. Noor, berkata, seramai 1,000 penunggang motosikal dapat mengisi petrol secara percuma dalam program yang dianjurkan selama dua jam di stesen minyak tersebut.

Katanya, ia merupakan program kali ketiga yang dianjurkan oleh Abam Peah dalam tempoh dua tahun.

“Program Minyak Petrol Percuma dijalankan untuk membantu penduduk kampung mengurangkan perbelanjaan harian mereka terutamanya kos untuk mengisi petrol.

“Saya berharap sumbangan petrol percuma yang dianjurkan dapat meringankan beban penduduk kampung dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu ketika ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN