Wanita maut rempuh lori ayam - Utusan Malaysia

Wanita maut rempuh lori ayam

KERETA Honda Jazz dipandu seorang wanita remuk dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Labis- Bukit Kepong, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang wanita maut apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Bukit Kepong-Labis, berhampiran Kampung Kecil Bukit Kepong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan tentang kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan pada pukul 8.45 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa, Tay Huei Koon, 49, yang memandu kereta Honda Jazz telah terbabas memasuki lorong bertentangan lalu mrempuh sebuah lori lima tan yang dalam perjalanan dari arah Labis ke Bukit Kepong.

“Pemandu lori berusia 53 tahun cuba mengelak ke kiri, namun telah terlanggar tayar bahagian belakang kereta mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, tayar kereta Honda Jazz tersebut tercabut dan terkena sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang berada di belakang lori ketika itu,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah pada bahagian kepala.

“Pemandu lori mengalami luka di bahagian tangan dan pemandu Perodua Myvi merupakan seorang lelaki berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat  di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya