Tular IPD Kajang larang wanita buat laporan polis tidak benar - Utusan Malaysia

Tular IPD Kajang larang wanita buat laporan polis tidak benar

Lelaki Nepal ceroboh inap desa di Kampung Perwira Jaya Ampang Hilir semalam ditahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan melarang seorang wanita membuat laporan polis  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung kejadian kemalangan seperti yang tular di media sosial.

Sebaliknya, dalam kejadian  pukul 10.30 pagi semalam itu, wanita berusia 30-an yang datang ke IPD Kajang dinasihat menukar pakaian bersesuaian sebelum dibenar masuk ke kawasan IPD Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pada mulanya wanita itu tidak puas hati dan  bertindak melakukan provokasi terhadap anggota polis yang menasihatinya.

“Anggota sentri bertugas pada mulanya memaklumkan supaya wanita itu meletakkan kenderaannya di belakang IPD Kajang disebabkan tempat letak kereta dalam IPD Kajang  tidak mencukupi.

“Anggota sentri kemudian  mendapati wanita berkenaan memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut) lalu menasihatinya memakai pakaian bersesuaian jika mahu berurusan di premis kerajaan,” katanya dalam kenyataan sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut  beliau,  wanita itu  tidak berpuas hati dan enggan mengikut arahan serta  memprovokasi anggota bertugas.

“Anggota sentri sekali lagi menasihatinya secara berhemah dan meminta dia menukar seluar yang lebih bersesuaian jika ingin berurusan di balai polis.

“Wanita itu kemudian d memandu keluar dari IPD sebelum datang semula 15 hingga 20 minit kemudian bersama dua rakannya dengan memakai seluar panjang,”jelasnya.

Kata Mohd. Zaid, pemakaian seluar panjang oleh wanita itu dalam gambar yang tular di sebuah portal berita berkenaan adalah selepas dia menukar pakaian  selepas dinasihatkan oleh anggota bertugas.

“Untuk makluman, IPD Kajang berurusan dengan anggaran 300 orang sehari dan setakat ini, tiada apa-apa isu yang timbul mengenai pakaian.

“Malah, gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada Pos Kawalan sebagai rujukan,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.