Tindakan tamatkan perkhidmatan askar enggan divaksin sah - Utusan Malaysia

Tindakan tamatkan perkhidmatan askar enggan divaksin sah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan  tindakan Tentera Darat Malaysia (TDM) menamatkan perkhidmatan seorang bekas sarjan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, dua tahun lalu adalah sah.

Bekas Sarjan Wan Ramli Wan Seman memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar perintah pemberhentiannya bertarikh 4 Ogos 2021.

Bekas askar itu menamakan Leftenan Kolonel Sharull Hesham Md. Yasin, Leftenan Mohamad Azammunir Mohd. Ashri, Panglima TDM Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan, keputusan dibuat responden adalah mengikut lunas undang-undang yang betul dan tidak tercemar dengan tindakan tidak rasional atau tidak mengikut undang-undang.

“Pemohon mengetahui bahawa pekerjaannya adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Akta Angkatan Tentera 1972 dan sebagai anggota TDM, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi dan melaksanakan perintah yang diberikan kepadanya.

TANGGUNGJAWAB

“Seorang anggota tentera mempunyai tanggungjawab untuk mengikut semua arahan bagi mengekalkan disiplin. Saya berpendapat tindakan responden menamatkan perkhidmatan pemohon selepas ingkar perintah  mengambil vaksin adalah mengikut undang-undang,”kata hakim itu.

Oleh itu, Hakim Ahmad Kamal menolak permohonan semakan kehakiman Wan Ramli untuk mencabar perintah pemberhentian itu tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Pada 23 Ogos 2021, TDM mengesahkan seorang anggotanya diberhentikan kerja kerana menolak pengambilan vaksin Covid-19.

TDM dalam kenyataan itu berkata, ia susulan setiap anggotanya wajib mengambil suntikan itu terutama sebelum melaksanakan penugasan di mana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah yang ditetapkan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya