PETALING JAYA: Konsep bersederhana dalam berbelanja perlu diterapkan dalam kehidupan harian rakyat. Umat Islam diingatkan untuk menerapkan konsep sederhana ketika berbelanja sebagai persediaan menghadapi kenaikan harga barang sehingga 10 peratus tahun ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd. Daud Awang berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pembaziran di saat kita berdepan kenaikan harga barang. Menurut beliau, konsep…










