Tekanan pada dada punca kematian lelaki mengamuk di Masjid Pulau Melaka

Tekanan pada dada punca kematian lelaki mengamuk di Masjid Pulau Melaka

MUHAMAD Zaki Harun-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kematian seorang lelaki kurang siuman selepas mengamuk dan bergelut dengan pengawal keselamatan di Masjid Pulau Melaka di sini kelmarin berpunca daripada tekanan pada bahagian dadanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil bedah siasat mendapati, tekanan pada bahagian tersebut mengakibatkan berlakunya pendarahan pada bahagian paru-paru mangsa.

“Selain itu, terdapat kesan calar akibat lebam dan luka pada beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Utusan Online semalam melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental maut semasa bergelut dengan pengawal keselamatan selepas mengamuk di kawasan Masjid Pulau Melaka.

Kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku apabila mangsa selesai menunai solat asar di masjid berkenaan.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudiannya mengamuk sebelum pengawal keselamatan yang bertugas di masjid itu datang untuk menahan lelaki tersebut sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Semasa berlaku pergelutan, beberapa pelajar Maahad Tahfiz Tok Guru telah membantu pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya menahan mangsa, pelajar tahfiz itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Semasa anggota polis tiba di lokasi kejadian, mangsa berada dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini untuk bedah siasat,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya